PUTRAJAYA, 16 Jun – Perlu Dimanfaatkan……. Malaysia perlu memanfaatkan peluang disediakan menerusi perkembangan pesat bidang teknologi dan komunikasi maklumat (ICT) untuk terus memperkukuh ekonomi domestik, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi memastikan perkembangan ekonomi Malaysia kekal berada pada landasan tepat untuk terus berkembang.

“Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan 2017 akan menjadi tahun mencabar. Pertumbuhan global dijangka meningkat hanya dari 3.2 peratus pada tahun 2016 kepada 3.5 peratus.

“Kita mesti memanfaatkan kemajuan sains dan teknologi serta menyuntik semangat inovasi dan kreativiti dalam kalangan usahawan untuk meningkatkan ekonomi domestik.

“Sehubungan itu, kita perlu mengambil kesempatan perkembangan ekonomi digital yang semakin penting. Usaha ini akan membolehkan kita memperkukuh momentum pertumbuhan dan kekal bersedia apabila ekonomi global pulih sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konsultasi Bajet 2017 di Kementerian Kewangan di sini, hari ini. – WD MY

LEAVE A REPLY