MELAKA, MEI 9:IDRIS… Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan isteri, Datin Seri Fadilah Abdullah tiba di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Lih Jen, Jalan Pokok Mangga, untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), hari ini.

Idris yang juga calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dan isteri tiba tepat jam 9.45 pagi.

SJKC Lih Jen mempunyai sebanyak empat saluran untuk keseluruhan 2,228 pengundi berdaftar.

Idris dan isteri masing-masing adalah pengundi di saluran tiga.