KUALA LUMPUR, 2 Jun – Tarikan…Majlis Iftar@KL 2017 akan berlangsung setiap Sabtu dan Ahad, mulai 3 hingga 18 Jun ini di Jalan Raja, di sini, iaitu berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Penganjuran program sempena Ramadan itu turut mendapat kerjasama daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Iftar@KL 2017 adalah wadah untuk menyemarakkan kegiatan kerohanian dan kesenian Islam dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda di negara ini.

Ia adalah program yang selari dengan keperluan pelancongan menerusi acuan Islam dan usaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat seni dan budaya di peringkat antarabangsa.

Kenyataan “Selain itu, ia bertujuan untuk mengimarahkan Ramadan sebagai bulan ibadat dan menyemai keprihatinan sesama insan menerusi amalan kebajikan, malah mengeratkan hubungan silaturahim masyarakat pelbagai kaum.

“Bersempena penganjuran program ini, umat Islam diharap merebut peluang untuk mengejar ganjaran dan kenikmatan bulan Ramadan,”

Sebanyak 16 komponen pengisian aktiviti disusun berbanding 14 pada tahun lalu yang akan dilaksanakan JKKN serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Rakan penganjuran bersama bagi program tahun ini adalah DBKL, JAKIM, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Tourism Malaysia, Pusat Pelancongan Islam, Jabatan Warisan Negara, Jabatan Penerangan Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Masjid Jamek Kampung Baru dan Alam Flora.

“Program kemuncak Iftar@KL 2017 ialah pada 4 Jun ini menerusi Majlis Berbuka Puasa Perdana yang akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Perdana Menteri akan mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai, bertadarus Al Quran dan berbuka puasa bersama rakyat,” katanya.

Hadir sama, adalah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

JKKN turut mendapat khidmat imam bagi Solat Terawih Perdana bersama Imam Mekah, Syed Mohd Idris Al-Masyrafi pada 4 Jun ini, selain bakal menampilkan kumpulan nasyid terkenal seperti Hijjaz, UNIC, Raihan dan beberapa penceramah terkemuka. – WD MY