KUALA LUMPUR, 13 Mac – KONTRAK…… Unit milik penuh IJM Corp Bhd, IJM Construction Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM1.12 bilion bagi pakej Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) bawah tanah dari Bandar Utama ke Johan Setia daripada Prasarana Malaysia Bhd.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, IJM Corp berkata projek itu melibatkan reka bentuk, pembinaan dan penyiapan terowong, stesen dan bangunan sokongan bawah tanah serta kerja-kerja berkaitan lain.

Projek itu akan mengambil masa 31 bulan untuk disiapkan dan dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan syarikat dari tahun kewangan 2019 hingga 2021, kata IJM Corp. – WD MY