KUALA LUMPUR, 26 Feb – Ikhlas menggesa kerajaan membatalkan perlantikan agen yang menguruskan pemutihan pekerja asing yang bermula semenjak 15 Februari yang lalu.

Menurut Mohd Ridzuan Abdullah, imej kerajaan boleh tercemar disebabkan agen-agen pemutihan yang dikatakan mengambil lebih jumlah pembayaran hinggakan hampir RM 5000 bagi setiap seorang pekerja asing yang didaftarkan.

“Agen mengenakan kadar bayaran berbeza-berbeza..ada RM 5000, ada RM 3000….,” kata Mohd Ridzuan di sidang media hari ini.

Ada juga sindiket menggunakan geran yang palsu untuk menghantar permohonan kepada pihak Kementerian Dalam Negeri supaya meluluskan kemasukan pekerja asing yang diperlukan di sesebuah ladang.

“Ada juga menggunakan dokumen dan geran palsu untuk mendapatkan kelulusan pekerja asing di ladang,” katanya.

Beliau juga selaku Presiden Ikhlas telah memberi arahan kepada majikan dibawah Ikhlas supaya tidak membayar jumlah yang perlu dibayar untuk pemutihan itu.

“Hari ini ada syarikat yang telah dilantik dan mereka melantik sub agen hingga 5 agen dibawahnya.”

“Banyak majikan tangguh untuk bayar jumlah berkenaan yang amat tinggi disebabkan agen mengaut keuntungan,” kata Mohd Ridzuan.

“Kita pihak Ikhlas menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar membatalkan program Pemutihan dan memulakan operasi menangkap kesemua PATI berkenaan,” katanya. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY