KUALA LUMPUR, 31 Okt – Imuniti Bukan Kekebalan…… Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, imuniti dimiliki bekas menteri ketika berucap dalam Dewan Rakyat bukan tiket untuk berkata apa sahaja termasuk hal berkaitan rahsia kerajaan.

Ahmad Zahid berkata, semua Ahli Parlimen termasuk bekas menteri, perlu menjaga etika dan batas perundangan serta kerahsiaan ketika berucap sama ada di Dewan Rakyat atau Dewan Negara kerana terikat dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Walaupun ada kekebalan ketika berucap di Dewan Rakyat, mereka masih tertakluk kepada OSA kerana mana-mana individu yang menjadi bekas ahli kerajaan masih terikat dengan sumpah simpan rahsia.

tpm-serah

“Kita boleh berbeza padangan tetapi perkara kerahsiaan kerajaan dan prinsip tidak boleh diketepi, ia perlu dipatuhi,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas majlis pelancaran buku ‘Being Abdullah Ahmad Badawi-The Authorised Biography’ yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di sini, hari ini. – WD MY