KUALA LUMPUR, 15 Nov – Dapat Kerakyatan….. Lebih 2,957 orang termasuk 1,226 kanak-kanak, adalah sebahagian kumpulan seramai 9,000 orang berketurunan Indonesia yang selama beberapa generasi hidup di selatan Mindanao di Filipina.

Masyarakat pelaut berulang alik di laut antara bahagian Indonesia di pulau Borneo dan selatan Filipina selama berkurun.

Kumpulan itu diberi kerakyatan Filipina atau Indonesia tahun ini dalam tindakan dialu-alukan agensi pelarian PBB, UNHCR sebagai langkah ke hadapan matlamat global bercita-cita tinggi menamatkan golongan tanpa negara menjelang 2024.

“Kerjasama antara Indonesia dan Filipina adalah contoh yang baik bagaimana negara boleh bekerjasama untuk menyelesaikan masalah global ini,” kata Penolong Pesuruhjaya Tinggi UNHCR untuk perlindungan, Volker Turk.

UNHCR menganggarkan ada kira-kira 10 juta penduduk tanpa negara di seluruh dunia, dengan populasi terbesar di Myanmar, Thailand, Zimbabwe dan Ivory Coast.

Menurut agensi itu, kira-kira 40 peratus daripadanya tinggal di Asia Tenggara. – Reuters