JAKARTA, 16 Jan – Kerjasama…… Pihak kerjaaan Indonesia yang diwakili ┬áJoko Widodo dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe semalam mengesahkan komitmen mereka dalam kerjasama keselamatan maritim serta merapatkan lagi hubungan pertahanan, berikutan pertelingkahan kedua-dua negara dengan China berhubung jajahan laut.

PM Jepun itu yang dalam rangka lawatan serantau ke Indonesia termasuk Australia dan Filipina serta bakal memasukkan Vietnam berkata, kedua-dua negara kepulauan itu memberi “keutamaan tertinggi” kepada kerjasama maritim.

“Jepun akan secara aktif menggalakkan kerjasama dalam keselamatan maritim serta pembangunan pulau terpencil Indonesia,” katanya menerusi penterjemah di Istana Presiden di Bogor.

Bulan lalu, Tokyo dan Jakarta membuat perjanjian, sebahagiannya menyasar mengukuhkan keupayaan Indonesia mempertahankan sempadan meluas marin.

Indonesia tiada pertelingkahan dengan China berhubung pemilikan terumbu karang atau kepulauan kecil di Laut China Selatan, namun tuntutan meluas Beijing bertindih dengan zon ekonomi ekslusif Indonesia (perairan di mana sebuah negara memiliki hak mengeksploitasi sumber) di sekitar Pulau Natuna.

Indonesia berikrar melindungi kedaulatannya daripada pencerobohan bot nelayan dan meletupkan bot asing dalam pertunjukan kekuatan, termasuk sesetengah daripada China dan Malaysia.

Jepun, yang bertelingkah dengan China berhubung jajahan pulau di Laut China Timur, berusaha mengukuhkan hubungan dengan anggota Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN) seperti Indonesia. -WD MY