KUALA LUMPUR, 4 Okt – Malaysia mahu Indonesia memberikan komitmen lebih serius dalam menangani jerebu memandangkan masalah itu sering kali berulang hampir setiap tahun.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ?berkata meskipun kepimpinan dan rakyat Indonesia dilihat prihatin t?erhadap keadaan itu namun dirasakan sesuatu yang diusahakan belum mencukupi u?ntuk menyelesaikan masalah berkenaan.
?
“Dalam hal ini, kita amat berterima kasih jika pihak Indonesia dapat b?erbincang dengan rakan-rakan di kalangan negara ASEAN untuk mengambil langkah j?angka panjang.
?
“Kita harap komitmennya bukan hanya di atas kertas atau kenyataan yang s?ekadar menjadi halwa telinga tetapi melalui pelaksanaan yang boleh mengakhiri s?emua permasalahan itu,” katanya.

Ahmad Zahid ditemui media selepas melancarkan p?rogram U-TURN hari ini.
?
?Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata sistem Parol berjaya membantu mengurangkan kadar jenayah kesalahan berulang sebanyak 7.6 peratus tahun ini.

?Beliau berkata itu merupakan kejayaan terbaik kerana di dalam penjara bukan sekadar tempat untuk hukuman tetapi lebih kepada pemulihan.

?”Sistem Parol memberikan peluang kedua kepada banduan untuk bergaul dengan masyarakat agar tidak dipandang negatif oleh mereka (masyarakat).

?”Selain pihak polis, sistem itu dilakukan dengan kerjasama beberapa s?yarikat korporat serta tokoh dakwah dalam usaha untuk memulihkan banduan,” k?atanya.-Faizal Dato Badarudin (WD MY)?

LEAVE A REPLY