WASHINGTON, 18 Jan – Rakyat Amerika Syarikat (AS) yang dipenjarakan oleh Iran memulakan perjalanan pulang ke tanah air, malam tadi ketika rakan serta anggota keluarga menunggu penuh emosi untuk bertemu mereka semula.

Ia berlaku berikutan selepas rundingan diplomatik berikutan perjanjian nuklear antarabangsa.

“Ini adalah hari baik” kata Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama di Rumah Putih.

“Apabila rakyat Amerika dibebaskan dan pulang ke pangkuan keluarga, itulah sesuatu yang kita semua boleh meraikan,” katanya.

Pesawat disewakan meninggalkan Tehran menuju Switzerland dengan kesemua empat rakyat AS yang ditahan, menurut televisyen negara Iran atau hanya tiga, seperti kata AS sebagai sebahagian daripada pertukaran tahanan.

Menurut pegawai AS berkata wartawan Washington Post, Jason Rezaian; bekas tentera laut AS, Amir Hekmati dan paderi Saeed Abedini berada dalam pesawat itu, tetapi bukan Nosratollah Khosravi-Roodsari.

Tetapi, pegawai Iran berkata dia juga dalam penerbangan itu. Igauan selama 545 hari untuk Jason dan keluarganya berakhir. – Sofea Nawar/Agensi (WD MY)

LEAVE A REPLY