PUTRAJAYA, 4 Jun – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri
Ahmad Shabery Cheek hari ini mempersoalkan sebuah laporan akhbar berbahasa Cina
yang mengaitkan beliau sebagai meninggalkan mesyuarat Kabinet lebih awal
semalam.

Dalam catatan ringkas di laman Twitter @shaberyc, beliau memuat naik berita
yang dipaparkan di muka depan akhbar China Press yang menyatakan beliau bersama
dua lagi menteri meninggalkan mesyuarat kabinet lebih awal.

“Apakah ini cara baru lariskan akhbar dgn mencipta cerita sensasi yg tak
benar” katanya dalam akaun Twitter itu.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut menyelar
laporan akhbar berkenaan.

Khairy dalam laman Twitter @Khairykj secara sinis berkata “I left early
because I had to catch a flight to Cambodia. Nice try”. (“Saya keluar awal
kerana saya perlu naik pesawat ke Kemboja. Percubaan baik”.

Beliau juga memuat naik tiga gambar ketika beliau di Angkot Wat, Kemboja
dengan catatan “Amazing sunrise temple run at Angkor Wat. 9km right through one
of the great wonders of the world”.

China Press hari ini melaporkan bahawa tiga menteri, Ahmad Shabery, Khairy
dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
meninggalkan mesyuarat kabinet lebih awal semalam.-Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY