DUBAI, 25 Sept – SERANG…… Pengawal Revolusi Iran mendakwa melakukan serangan menggunakan dron ke atas pangkalan militan Daesh di timur Syria, lapor siaran televisyen tempatan.

Menurut laporan itu, semua kenderaan, peralatan ketenteraan dan peluru musnah dalam serangan dekat sempadan Syria-Iraq.

Pada Jun lalu, Iran melancarkan peluru berpandu ke arah timur Syria menyasarkan pangkalan Daesh yang mengaku bertanggungjawab menyerang Tehran hingga mengorbankan 18 nyawa.

Pasukan elit itu memerangi kumpulan militan di Syria yang menentang Presiden Syria, Bashar al-Assad. – WD MY