DUBAI, 30 Mei – Tidak Hantar…….. Pertubuhan haji dan umrah Iran berkata jemaah haji negara itu tidak akan menghadiri ibadat haji tahun ini dengan menuduh Arab Saudi melakukan sabotaj dan gagal menjamin keselamatan jemaahnya.

Hubungan antara dua negara itu semakin meruncing selepas ratusan rakyat Iran meninggal dunia dalam kejadian rempuhan pada musim haji lalu.

Ia bertambah sulit selepas Riyadh memutuskan hubungan diplomatik susulan insiden kedutaannya di Tehran diserbu Januari lalu selepas Arab Saudi melaksanakan hukum bunuh ke atas seorang ulama Syiah.

“Berikutan sabotaj berterusan oleh kerajaan Arab Saudi, kami dengan ini mengumumkan bahawa jemaah haji Iran dinafikan hak istimewa untuk menunaikan haji tahun ini, dan pihak Arab Saudi bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keputusan itu,” menurut Pertubuhan Haji dan Umrah Iran dalam satu kenyataan yang disiarkan media kerajaan Iran hari ini.

Desas-desus berkata delegasi Iran meninggalkan kerajaan itu tanpa persetujuan mengenai haji, kali kedua negara itu gagal mencapai perjanjian.

Arab Saudi sebaliknya menyalahkan Iran sebagai penyebab kebuntuan ini. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY