LABUAN, 6 Jan – Usaha Murni…..Penunggang motosikal berkuasa 150cc dan ke bawah
boleh mengisi minyak secara percuma sebulan sekali tahun ini di bawah inisiatif
yang dilancarkan Pemuda UMNO Labuan di pulau bebas cukai itu.
Lebih daripada 1,000 belia mengambil kesempatan mengisi minyak pada program
selama dua jam di stesen minyak During Tunjong pada malam Selasa lalu. Program
amal itu diadakan sekali pada tahun lepas.
Menurut Ketua Pemuda UMNO Labuan Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata inisiatif itu
merupakan sebahagian daripada usaha membantu mengurangkan bebanan kewangan belia berikutan kenaikan harga minyak.

“Kami mengambil inisiatif ini selepas berbincang dengan Anggota Parlimen
Labuan Datuk Rozman Isli. Kami bersetuju untuk menganjurkannya pada minggu
pertama setiap bulan,” kata Rafi

Mohd Rafi yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan.

Tambah Rafi, “Kami mengadakannya (petrol percuma untuk penunggang motosikal) selepas mengambil kira belia yang kehilangan pekerjaan dalam syarikat minyak dan gas serta naik turun harga minyak global”.

Seorang penunggang motosikal yang dikenali sebagai Manaf Hashim, 33, memuji
inisiatif itu manakala Kasim Bakri, 29, berterima kasih kepada Pemuda UMNO
Labuan atas program itu. – WD MY