KUALA LUMPUR, OKTOBER 18: Ahli Parlimen Batu Kawan, P Kasthuriraani memberi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) tempoh masa 48 jam bagi menarik semula artikel bertajuk “Ahli Parlimen DAP desak hak kebebasan murtad, ajaran sesat”.

Kasthuriraani berkata, tajuk artikel berkenaan merupakan satu fitnah ke atas dirinya dan kini telah tular dalam laman sosial serta WhatsApp.

Menurutnya, susulan tajuk artikel berkenaan, beliau kini bimbang dengan keselamatan dirinya apabila menerima ancaman di media sosial antaranya “jangan bermain dengan api” dan lain-lain lagi.

“Dua hari lalu saya membahas polis luar negara yang dibentangkan Menteri Luar Negeri (Datuk Saifuddin Abdullah)… saya bahaskan kepentingan Malaysia menandatangani konvensyen kebebasan agama dan kepercayaan bagi melindungi kepercayaan dan agama pihak minoriti.