PUTRAJAYA, 5 Jan – Terus Beri Kerjasama…… Pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memberi jaminan untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan sewajarnya terhadap ketua setiausaha kementerian Datuk Mohd Arif Ab Rahman.
Dalam satu kenyataan hari ini, Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
berkata KKLW akan terus menyokong usaha SPRM dalam membanteras rasuah serta
penyelewangan.
Mohd Arif, 59, dan dua anak lelakinya direman tujuh hari sehingga 11 Jan ini
bagi membantu siasatan SPRM berkaitan menyalahgunakan kuasa jawatan dan
kedudukannya untuk menerima rasuah.
Dia ditahan oleh SPRM di kediamannya di USJ, Subang, semalam.
Dua anaknya yang masing-masing berumur 29 dan 34 tahun pula ditahan semasa
diambil keterangan di ibu pejabat SPRM, semalam. – WD MY