PUTRAJAYA, 15 Ogos – Kunjungan Hormat…. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan Filipina, Ismail Sueno.

Pertemuan pada jam 4 petang yang berlangsung kira-kira 20 minit itu membincangkan hubungan dua hala kedua-dua negara termasuk isu antarabangsa yang mempunyai kepentingan Malaysia-Filipina seperti isu penculikan, penyeludupan dadah serta keganasan.

Turut hadir dalam pertemuan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. – WD MY

LEAVE A REPLY