KUALA LUMPUR, 6 Julai – Lantik….Media Prima Bhd telah melantik Tan Sri Ismee Ismail sebagai pengerusi baharu syarikat itu, berkuatkuasa 1 Ogos 2017.

Media Prima dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, berkata Ismee, 52, sebelum ini adalah seorang pengarah di syarikat berkenaan.

Media Prima adalah syarikat media bersepadu sepenuhnya dengan kepentingan ekuiti dalam stesen televisyen, akhbar, stesen radio, penciptaan kandungan dan media digita.

Stesen-stesen TV di mana ia mempunyai kepentingan adalah TV3, 8TV, NTV7 dan TV9.

Media Prima memiliki kepentingan sebanyak 98 peratus dalam The New Straits Times Press (M) Bhd, yang menerbitkan akhbar New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro. – WD MY