Israel Bakal Tutup Agensi Media Al-Jazeera

0
54

BAITULMAQDIS, 15 Jun – Tutup…… Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lirberman menyokong penutupan pejabat media dari Qatar, Al-Jazeera, di negara itu selepas beberapa negara Arab berbuat demikian.

“Tiada sebab mengapa Al-Jazeera patut terus beroperasi di Israel. Ia bukan media, ia agensi propaganda seperti Kesatuan Soviet atau Nazi Jerman,” katanya kepada radio awam.

“Semua laporan ke atas Israel berat sebelah, sementara saluran ini tidak pernah mengutuk Iran,” tambah beliau.

Ditanya bila biro itu akan ditutup, beliau berkata, pihaknya sedang mencari ‘penyelesaian undang-undang’.

Ketua biro Al-Jazeera yang dipetik media Israel sebagai berkata, mereka akan merayu sebarang keputusan untuk menutup operasi.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu membayangkan kemungkinan menutup agensi itu Isnin lalu, lapor media Israel.

Pemimpin Israel menuduh saluran Qatar itu menyokong Hamas, pergerakan Islam Palestin yang mengawal Semenanjung Gaza. – WD MY