BAITULMAQDIS, 14 Dis – BIDAS…. Perdana Menteri Israel berkata, beliau `tidak senang’ dengan kenyataan dikeluarkan pemimpin negara Islam, yang menggesa masyarakat antarabangsa mengiktiraf Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin.

“Kami tidak senang dengan semua kenyataan yang dikeluarkan,” kata Benjamin Netanyahu ketika berucap, di sini.

Beliau yakin banyak lagi negara akan mengikut jejak langkah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Netanyahu mengeluarkan kenyataan itu susulan Deklarasi Istanbul, yang dipersetujui pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Turki.

Deklarasi itu dicapai 57 negara anggota OIC susulan kenyataan Trump, minggu lalu, yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. – WD MY