JERUSALEM, 7 Mac – Larangan…… Parlimen Israel meluluskan undang-undang melarang kemasukan warga asing yang menyokong kempen anti-Israel.
“Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini kempen supaya memulaukan Israel semakin meningkat.
“Ia seolah-oleh satu kaedah terbaharu peperangan menentang Israel, dan kita masih belum bersedia untuk menghadapinya,” kata Parlimen dalam kenyataan yang disiarkan di laman web sebaik sahaja undang-undang itu diluluskan.
Menurut undang-undang baharu itu, individu atau wakil kumpulan yang menyeru kempen itu, termasuk warga Israel dan penduduk tetapnya tidak akan diberikan visa untuk masuk ke Israel.
Undang-undang itu diluluskan dengan 46 undi menyokong mengatasi 28 undi membantah.
Israel mengutuk gerakan kumpulan seperti Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) yang membantah polisi negara itu terhadap rakyat Palestin. – WD MY