BANDARAYA GAZA, MEI 30: ISRAEL…Israel melancarkan serangan ke atas kumpulan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza hari ini, kata Hamad, beberapa jam selepas hampir 30 peluru mortar dibedil ke arah wilayah Yahudi itu.

Sekurang-kurangnya satu pangkalan milik Hamas dan empat pangkalan Jihad Islam, diserang, kata sumber keselamatan.

Jurucakap Hamas, kumpulan yang mentadbir Semenanjung Gaza, mengesahkan cuma pangkalan ‘pejuang’ terkena serangan.

Serangan dilakukan sejurus selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berjanji membalas serangan 28 peluru mortar awal hari ini.

Satu daripada mortar itu meletup berhampiran bangunan tadika, menyebabkan kerosakan pada struktur itu.

Ia adalah serangan terbesar dari Gaza yang mensasarkan Israel sejak perang 2014, menurut perkhidmatan keselamatan dalam negeri Shin Bet.

Israel menuduh Hamas bertanggungjawab di atas semua serangan dari Gaza.-MY WD