BAOTULMAQDIS: Polis rejim Zionis menembak mati seorang wanita Palestin yang cuba menikam pengawal Israel di pusat pemeriksaan di pinggir Baitulmaqdis hari ini.

“Di pusat pemeriksaan keselamatan di Zaim, seorang suspek wanita cuba menikam pengawal keselamatan yang meronda kawasan itu,” kata jurucakap polis, Micky Rosenfled, dalam kenyataan.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, seorang wanita terkorban kerana tembakan Israel di timur Baitulmaqdis, menambah identitinya belum diketahui.

Mayat wanita berkenaan kemudian diambil oleh tentera Israel. – WD MY