PARIS, 11 Dis – KECAM….. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengecam Presiden Turki sebagai pemimpin yang mengebom penduduk kampung Kurdis dan menyokong pengganas.

Kenyataan itu dibuat selepas Recep Tayyip Erdogan melabel Israel sebagai ‘negara yang membunuh kanak-kanak’.

“Saya enggan menerima syarahan mengenai moral daripada pemimpin yang mengebom penduduk kampung Kurdis di Turki, yang memenjarakan wartawan, yang membantu Iran mengelakkan sekatan antarabangsa dan yang membantu pengganas, termasuk di Gaza, membunuh orang tidak bersalah.

“Ini bukan orangnya yang akan memberi ceramah kepada kita,” katanya pada sidang media dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron. – WD MY