BAITULMAQDIS, 18 MAC – TUTUP…. Mahkamah Israel hari ini mengarahkan bangunan di tapak suci Baitulmaqdis yang menjadi punca ketegangan sejak beberapa minggu lalu ditutup buat sementara.

Mahkamah Majistret Baitulmaqdis berkata bangunan dikenali sebagai Pagar Emas di pekarangan masjid Al Aqsa atau Kuil Mount di kalangan pengikut Yahudi itu perlu ditutup sementara kes berkenaan berjalan.

Pengurus tapak, pertubuhan keagamaan Waqf turut diberi tempoh 60 hari bagi bertindak balas terhadap kes mahkamah membabitkan bangunan berkenaan.

Serentak dengan itu, polis rejim Zionis dipanggil bagi menutup bangunan terbabit.

Jurucakap Waqf, Firas Dibs berkata pihaknya tidak bercadang untuk mematuhi perintah mahkamah itu dan bangunan berkenaan kekal dibuka hari ini.

Jordan, penjaga tapak suci itu turut mengecam keputusan terbabit dengan kementerian luar mereka berkata, Israel perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang kesan bahaya susulan perintah berkenaan.

Jordan dan Israel kini dipercayai sedang mengadakan rundingan berhubung status bangunan itu. – WD MY