WASHINGTON, 15 Sept – Tidak Membantu…… Isteri kepada calon presiden Amerika Syarikat (AS) berada di mana-mana, melemparkan senyuman sehingga penat ketika mereka menjalankan peranan membantu sewaktu berkempen.

Namun, tidak seperti isteri Donald Trump, Melania yang mana sejak dua bulan lalu dilaporkan menghilangkan diri.

Kemunculan berskala besar kali terakhir bekas model berusia 46 tahun yang dilahirkan di Slovenia ialah berada pada Konvensyen Kebangsaan Republikan di Cleveland pada Julai lalu.

Beliau menyampaikan ucapan dasar yang ditulis bagi menyokong suaminya itu, namun malangnya teks ucapan sebenarnya diciplak daripada ucapan Michelle Obama pada 2008 ketika Konvensyen Demokratik Kebangsaan.

Penulis upahan yang menyediakan ucapan itu mengaku perbuatannya dan rentetan itu, Melania kemudiannya menghilangkan diri dari arena politik AS dan jarang membuat penampilan.

Minggu lalu, beliau muncul sekejap di New York ketika Trump memberi ucapan mengenai keselamatan negara dan menemani suaminya pada Sabtu lalu ketika upacara pengebumian aktivis konservatif terkenal, Phyllis Schlafly.

Namun, orang ramai mula bertanya apa sudah terjadi kepada isteri Trump dengan hashtag #WhereisMelania dalam akaun Twitter.

Pada malam sebelum ulang tahun 11 September pada penghujung minggu lalu, Melania memberi tindak balas bahawa beliau menghabiskan masa bersama keluarganya. – WD MY

LEAVE A REPLY