ORLANDO, Florida, 15 Jun – Terlibat Sama……Isteri penembak yang membunuh 49 orang di sebuah kelab malam gay di sini tahu mengenai rancangan serangan itu dan akan didakwa dalam masa terdekat selepas dikaitkan dengan insiden tembakan terburuk dalam sejarah moden AS, kata sumber pihak berkuasa.

Menurut sumber itu, juri persekutuan sudah bermesyuarat dan akan mendakwa isteri Omar Mateen, Noor Salman, seawal Rabu.

Sumber Biro Siasatan Persekutuan (FBI), melaporkan pendakwa sedang berusaha untuk mendakwa Noor Salman sebagai berkomplot dalam 49 pembunuhan dan 53 cubaan membunuh dan gagal memaklumkan pihak berkuasa mengenai rancangan serangan itu dan menipu ejen persekutuan.

Laporan berkata Salman memberitahu ejen persekutuan dia cuba memujuk suaminya untuk membatalkan serangan itu. Namun, beliau turut memberitahu FBI bahawa beliau sendiri yang membawa suaminya ke kelab malam Pulse, lapor rangkaian itu.

Mateen yang ditembak mati polis selepas tiga jam drama tebusan di kelab itu awal Ahad lalu, menghubungi 911 ketika serangan untuk mengikrarkan taat setia beliau kepada beberapa kumpulan militan Islam.

Penyiasat persekutuan berkata, Mateen berkemungkinan bertindak sendiri dan tiada bukti menunjukkan beliau menerima sebarang arahan atau bantuan daripada kumpulan luar seperti IS.

Mateen, 29, adalah warga Amerika Syarikat, dilahirkan di New York. – WD MY

LEAVE A REPLY