KUALA LUMPUR, 10 Nov – Hadir Ke Konvesyen Picoms….. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke Majlis Konvokesyen Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi.
Rosmah dalam ucapannya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kerana Picoms akan dinaik taraf ke Kolej Universiti.
Pelajar Picoms juga diberi bantuan sara hidup iaitu wang sara hidup bagi meringankan beban para pelajar.
“Kelebihan ini nyata tidak terdapat di mana-mana universiti tempatan yang lain dan para pelajar dan graduan seharusnya bersyukur dan berterima kasih,” kata Rosmah.
Rosmah turut menzahirkan rasa bangga terhadap graduan PICOMS kerana
mempunyai kebolehpasaran untuk diterima bekerja oleh syarikat swasta mahupun
sektor awam.
“Amalkan di tempat kerja segala ilmu yang diperoleh, pamerkan dedikasi yang
tinggi kepada majikan dan jangan jadi seperti kacang lupakan kulit,” kata Rosmah
sambil menambah anak muda seperti graduan hari ini merupakan kelompok penting
yang bakal menjadi penggerak usaha kerajaan membangunkan negara.
Beliau turut memuji inisiatif PICOMS yang tidak hanya menumpukan aspek sains
kesihatan tetapi turut memulakan langkah ke arah program perhotelan dan
hospitaliti.
“Langkah PICOMS memperkenal program perhotelan dan hospitaliti adalah amat
bersesuaian dan akan mendapat permintaan tinggi serta menjadi pilihan bakal
graduan kelak,” katanya. – WD MY