LOS ANGELES, 16 Feb – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini melawat Hospital Kanak-kanak Los Angeles di sini.

Semasa kunjungan itu, beliau mengadakan perbincangan mengenai rawatan autisme dan pemulihan bersepadu bagi kanak-kanak dengan staf pengurusan dan pakar hospital berkenaan.

Rosmah juga menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara hospital itu dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Naib Presiden Hospital berkenaan, Dr Henri Ford, dan Prof Datuk Dr A Rahman A Jamal dari Jabatan Padiatrik, Fakulti Perubatan UKM, menandatangani MoU mengenai program latihan untuk doktor dan jururawat Malaysia di hospital itu.

Hospital bukan bertujuan mencari keuntungan itu mempunyai 528 pakar dan terkenal kerana mempunyai pakar padiatrik terbaik di Amerika Syarikat. Ia menyediakan penjagaan kesihatan pediatrik kepada lebih 100,000 kanak-kanak setahun. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY