DA NANG (Vietnam), 11 Nov – LAWATAN…….. Datin Seri Rosmah Mansor melawat Universiti Pendidikan, sebuah fakulti di bawah Universiti Da Nang di sini, yang menjurus kepada pendidikan awal kanak-kanak.

Isteri Perdana Menteri yang juga Penaung Permata disambut oleh Timbalan Rektor, Profesor Le Quang Son.

Rosmah meluangkan masa lebih sejam berkongsi maklumat dan pengalaman bersama tenaga pengajar fakulti itu selain melawat kelas pengajian dan beramah mesra dengan pelajar.

Rosmah berada di sini untuk mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menghadiri Mesyuarat Pemimpin APEC (Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik).

Rosmah berkata pihak universiti juga berbesar hati atas perkongsian maklumat mengenai program dan inisiatif yang dilakukan oleh Permata Negara dan menyatakan hasrat untuk mengadakan kerjasama strategik untuk memantapkan lagi jurusan pendidikan awal kanak-kanak.

Beliau turut melawat sebuah pusat penjagaan kanak-kanak Sen Hong di bawah penyeliaan Universiti Pendidikan yang memberi ruang kepada pelajar tahun akhir jurusan pendidikan awal kanak-kanak mengadakan latihan amali selama tiga bulan di sini sebelum menamatkan pengajian. -WD MY