KUALA LUMPUR, 27 Feb – Rasmi….  Datin Seri Rosmah Mansor akan merasmikan Hari Peringatan Pandu Puteri Sedunia di Dewan Aminuddin Baki, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, di sini, Sabtu ini.

Urus setia penganjur berkata, antara pengisian program itu adalah pameran inovasi lestari Pandu Puteri, bersama murid pendidikan khas, anak yatim dan Murid Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK).

Selain itu, demonstrasi membuat baja kompos dan menanam pokok menggunakan bahan buangan bersama SBJK serta Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah dan Pameran Inovasi Lestari Pandu Puteri.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) juga menyasarkan ciptaan ‘anak patung dandanan’ sepanjang enam kilometer menggunakan 25,000 kain perca, baju lama serta barang buangan lain untuk dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sempena program berkenaan.

Ahli Pandu Puteri Tunas yang mengikuti kemahiran mendandan mencipta rekod berkenaan sempena perayaan 100 tahun persatuan itu. – WD MY