KUALA LUMPUR, 7 Dis – MENOLAK SEKERASNYA….  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia menolak sekeras-kerasnya usaha menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan ia merupakan isu sejagat dan bukan hanya melibatkan rakyat Palestin, malah umat Islan secara keseluruhannya.

“Pesiden telah bertemu dengan kepimpinan parti Al Fatah manakala saya dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula telah bertemu dengan kepimpinan Hamas yang kedua-duanya merupakan parti dari Palestin.

“Perkara ini membuatkan kedua parti yang berbeza pendapat bersatu hati dan berfikiran bahawa tindakan Amerika Syarikat mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

“Perkara ini perlu ditentang oleh umat Islam keseluruhannya kerana ia berkait dengan soal sejagat apabila ia melibatkan sebuah negara besar menjadi dalang kepada soal sebuah negara yang dinafikan campur tangannya,” kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata pada sidang media selepas mendengar ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pagi ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mencipta sejarah sebagai presiden pertama Amerika Syarikat mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel selain pelan untuk memindahkan pejabat kedutaan AS.

Tambah Zahid, tindakan yang telah diputuskan Trump itu merupakan campur tangan secaea langsung sebuah negara di Timur Tengah.

“Saya khuatir apabila perkara ini berlaku, akan berlaku semula pergolakan politik di negara Timur Tengah.

Bukan iti sahaja, negara Islam lain juga turut rasa sensitif terhadap perpindahan ibu kota Palestin ini.

“Saya pasti orang Islam tidak akan berdiam diri bukan sahaja protes dan bantah namun saya bimbang mereka yang berada di dalam kumpulan ekstrem mengambil tindakan yang kita tak pernah jangka,” katanya.

Ahmad Zahid turut berkata, UMNO akan berunding dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk bersama-sama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengadakan sebuah perhimpunan solidariti bagi bersama mendokong keprihatinan rakhat Palestin dalam menghadapi dugaan yang mencabar ini.

Terdahulu, di dalam ucapan dasar Presiden, Najib berkata pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dalam apa-apa jua hal yang melibatkan penghinaan ke atas kesucian Islam.

“Pendirian ini kita ambil bukan sahaja di tanah air ini, bahkan di seluruh pelusuk dunia.

“Jadinya, apabila kita dikejutkan dengan usaha Amerika Syarikat untuk mengiktiraf satu daripada tiga tanah suci umat Islam sebagai ibu negara Israel, saya yakin dan percaya, mana mungkin kita sebagai umat Islam dapat menerimanya sampai bila-bila,” katanya. – WD MY