ISU TUTUP TAHFIZ:UMNO JEMPOL BUAT LAPORAN POLIS

ISU TUTUP TAHFIZ:UMNO JEMPOL BUAT LAPORAN POLIS

88
0

JEMPOL, JULAI 11:LAPORAN….UMNO Bahagian Jempol hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan kontroversi bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mencadangkan pusat tahfiz di negara ini ditutup.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd. Deli bersama 60 ahli parti itu membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Jempol pada pukul 10.30 pagi tadi.

Menurut Shamshulkahar, kenyataan Zainuddin adalah bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin agama Islam sebagai agama rasmi.

“Beliau telah membuat satu provokasi bagi menanam kebencian terhadap instusi¬† tahfiz yang telah lama wujud di negara ini.

“Oleh itu, kami menuntut agar beliau membuat permohonan maaf¬† kepada seluruh rakyat di negara ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan tersebut di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, kenyataan seumpama itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang bekas menteri kerana boleh menyinggung perasaan pelbagai pihak lebih-lebih lagi umat Islam.

“Saya meminta pihak berkuasa untuk menyiasat siapa dalang di sebalik semua ini sehingga beliau berani mengeluarkan kenyataan begitu,” katanya-MY WD