KUALA LUMPUR, 27 Mac –  Pementasan Teater Kena Main? arahan  Khalid Salleh yang juga seorang penulis skrip, pengarah teater, penulis dan pelakon yang diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke-43 di Taipei pada 1998 ini membariskan pelakon handalan seperti Eman Manan, Sabri Yunus, Ebby Saiful, Azizah Mahzan, Fauziah Nawi, Mohd Rodhi Md. Noor, Azman Hassan dan Aida Othman.

Dengan produksi terbitan bersama Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Istana Budaya membawakan untuk kali ke dua teater tersebut.?
 
Kena Main pertama kali dipentaskan pada 1992 dan pernah mencipta rekod dalam The Malaysia Book of Record sebagai teater pertama di Malaysia yang menampilkan orang kurang upaya (cacat penglihatan) sebagai watak utama pada 1998 selain dinobatkan sebagai Juara Pekan Teater Kebangsaan dalam Festival Teater Malaysia ketika dipentaskan oleh kumpulan ANGKASARAN, Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1994.
 
Kena Main mengisahkan kegigihan dan sikap tidak berputus asa pemuzik jalanan yang cacat penglihatan menghadapi cabaran dalam mencari rezeki di Kuala Lumpur, dengan kisah kehidupan yang wajar dijadikan contoh segenap lapisan masyarakat.? – Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY