KUALA TERENGGANU, 24 Jan – Jabatan Perhutanan Terengganu berjaya
mematahkan kegiatan penebangan secara haram di hutan simpan Cherul, Kemaman dan
merampas pelbagai jentera dan kayu bernilai kira-kira RM2 juta awal tahun ini.

Menurut Pengarahnya Datuk Azmi Nordin setakat ini rampasan itu adalah yang
terbesar dengan melibatkan 12 buah jentera pelbagai jenis.

“Selain itu sebanyak 36 kes melibatkan penerokaan hutan secara haram dan
pelbagai kesalahan lain direkodkan Jabatan Perhutanan Terengganu sepanjang tahun
lepas,” katanya kepada media hari ini.

Daripada jumlah itu, katanya 17 kes melibatkan penebangan pokok di hutan
simpan, 12 kes melibatkan rampasan kayu balak bermutu tinggi di dalam milikan
menerusi serbuan di kilang-kilang dan lapan kes melibatkan kes transit kayu
balak (dalam kenderaan.)

“Daripada jumlah itu sebanyak 32 kertas siasatan telah dibuka dan 12 kes
telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY