KUALA LUMPUR, 25 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melancarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, JDPT.

Ujarnya dengan kewujudan jabatan baharu tersebut akan mengurangkan kes kemalangan jalan raya yang meningkat setiap tahun.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis ke – 209 Tahun 2016 di PULAPOL sebentar tadi.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Perdana Menteri berkata, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah kemalangan jalan raya sepanjang tahun lalu mencatatkan peningkatan yang tinggi iaitu 489,606 kes.

“Jumlah kematian pula mencatat 6,706 kes daripada 6,193 kes kemalangan maut yang direkodkan.

“Jika semua jumlah ini didarab dengan lima tahun berturut-turut, ia boleh memenuhi jumlah di dalam Stadium Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-209 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL). – CF/Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY