IPOH, 17 Julai – Wabak…… Phak Jabatan Veterinar Perak mahu mewartakan kawasan Tepi Sungai di Kuala Sepetang, Taiping sebagai kawasan wabak anjing gila atau rabies susulan satu kes dilaporkan di kawasan itu pada 4 Julai lalu.

Pengarahnya, Dr Fuziah Muhayat berkata, pihaknya memaklumkan berhubung kes terbabit kepada pemimpin kerajaan negeri selepas sampel anjing yang mati itu disahkan oleh Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) positif wabak berkenaan.

Pihaknya dalam usaha untuk mendapatkan pewartaan kawasan itu dilakukan secepat mungkin selepas perkara itu dikemukakan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir esok.

“Susulan kes di Kuala Sepetang, Taiping pada 4 Julai lalu tindakan terhadap kawalan wabak rabies dilaksanakan hari ini, ” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya merancang untuk menjalankan vaksin anjing peliharaan dalam lingkungan satu kilometer (km) di kawasan berkenaan yang tidak menunjukkan sebarang tanda klinikal penyakit.

“Jabatan Veterinar negeri turut membuat pensampelan terhadap anjing terbiar dalam lingkungan 10 km dari kawasan yang dijangkiti wabak itu.

“Pemantauan (di kawasan berkenaan) hari ini, tetapi tidak menunjukkan kes terbaharu membabitkan gigitan haiwan terbabit di kawasan berkenaan,” katanya.

Dr Fuziah berkata, pihaknya turut menjalankan program kesedaran kepada orang awam berhubung wabak itu. – WD MY