KUCHING, 15 Mei – Kaum Dayak Hargai……..Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Anak Numang Jabu mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem kerana melantik empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada kaum Dayak sebagai anggota Kabinetnya termasuk sebagai dua sebagai timbalan ketua Menteri.

Jumaat lalu, Adenan melantik tiga timbalan ketua menteri, iaitu bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Douglas Uggah Embas, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abang Johari Openg.

Jabu berkata beliau cukup yakin dengan kepimpinan Uggah yang juga ADUN Bukit Saban dan Naib Presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu, mampu untuk memberi perkhidmatan cemerlang dalam memajukan masyarakat Dayak, khususnya di luar bandar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Bazar Gawai Dayak yang disempurnakan Uggah di Bandar Baharu Batu Kawah malam tadi.

Jabu berkata, masih banyak yang perlu kerajaan lakukan untuk memajukan masyarakat Dayak sambil menyeru masyarakat itu memberi sokongan penuh kepada Uggah supaya beliau dapat berkhidmat dengan baik. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY