KUALA LUMPUR, 30 April – Pekerja…… Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata hubungan baik pekerja dan majikan akan menjamin kecemerlangan sesebuah organisasi.

“Jadilah pekerja dan majikan yang terbaik kerana kebergantungan ini membawa kepada kecemerlangan sesebuah organisasi,” katanya dalam mesej Twitter rasminya, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja yang disambut esok.

Sambutan Hari Pekerja 2017 peringkat kebangsaan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), esok. – WD MY