KUALA LUMPUR, 4 Nov – Plus Malaysia Berhad (PLUS) hari ini telah mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi panduan untuk orang ramai merancang perjalanan bagi musim cuti sempena perayaan Deepavali mulai Jumaat ini bagi mengelak kesesakan di lebuh raya.

Mengikut jadual TTA, pengguna jalan raya dari ibu negara ke Kangar, Alor Setar, Johor Baharu dan Kota Tinggi disaran memulakan perjalanan bermula pukul 6 pagi hingga 8 pagi.

Mereka yang hendak ke Kepala Batas, Butterworth, Georgetown, Bayan Lepas, Batu Pahat, Segamat dan Muar disaran bergerak pada pukul 8 pagi hingga 11 pagi.

Pengguna jalan raya dari Lembah Klang menuju ke Bidor, Tapah, Teluk Intan, Lumut, Tanjung Malim, Kuala Pilah, Port Dickson dan Seremban pula disaran memulakan perjalanan selepas pukul 6 petang.

Mereka ke Taiping, Kuala Kangsar, Gerik, Jasin dan Bandaraya Melaka dinasihatkan memulakan perjalanan antara 11 pagi dan 2 petang.

Pengguna jalan raya daripada Kangar, Alor Setar, Johor Baharu dan Kota
Tinggi ke ibu negara dinasihatkan memulakan perjalanan pada pukul 6 pagi hingga
8 pagi.

Mereka dari Kepala Batas, Butterworth, Georgetown, Bayan Lepas, Ipoh, Batu
Pahat, Segamat, Muar dan Alor Gajah menuju ke ibu negara pula disaran
memulakan perjalanan antara 10 pagi hingga 2 petang.

Bagi pengguna jalan raya daripada Taiping, Kuala Kangsar, Gerik, Bidor,
Tapah, Teluk Intan, Lumut, Tanjung Malim, Jasin, Bandaraya Melaka, Kuala Pilah,
Port Dickson dan Seremban, PLUS meyarankan mereka pulang ke Lembah Klang pada
pukul 6 petang hingga 12 tengah malam.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY