KUALA LUMPUR, 9 Mei – Tutup……. Semua laluan sepanjang Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Changkat Bukit Bintang akan ditutup selama 16 hari pada sebelah malam, bermula esok sehingga 25 Mei depan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pengambilalihan kemudahan jalan raya MRT laluan Sungai Buloh-Kajang.

MMG Gamuda KVMRT Sdn BHd (MGKT), memaklumkan semua jalan itu akan ditutup secara berperingkat mulai jam 11 malam hingga 6 pagi dengan hanya satu lorong dibuka pada satu-satu masa.

“Penunggang motosikal dinasihatkan supaya mematuhi arahan papan tanda.

“Sepanjang penutupan jalan itu juga, Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) bagi projek MRT akan ditempatkan di lokasi bagi membantu mengawal lalu lintas,” katanya. – WD MY