KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Tutup Jalan….. Sebanyak 18 jalan di sekitar ibu negara menuju ke Dataran Merdeka akan ditutup mulai hari ini sehingga 31 Ogos untuk memberi laluan kepada raptai dan sambutan Hari Kebangsaan 2016.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), dalam satu kenyataan, menyatakan penutupan jalan itu akan bermula dari 6 pagi hingga 1 tengah hari.

Penutupan itu melibatkan Jalan Travers/Jalan Damansara (Muzium Negara), Lebuhraya Sultan Iskandar/Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara), Lebuhraya Sultan Iskandar/Jalan Damansara (Muzium Negara), Bulatan Sultan Hishamuddin/Jalan Lembah (Masjid Negara).

Jalan Perdana/Jalan Lembah, Jalan Kinabalu/Bulatan Sultan Hishamuddin (Bangunan Dayabumi), Jalan Kinabalu/Jalan Sultan Hishamuddin (Bukit Aman), Jalan Lembah/Jalan Cenderasari, Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Hang Kasturi, Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak, Jalan Dang Wangi/Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Jalan Kuching/Bulatan Dato Onn, Jalan Kinabalu/Bulatan Dato Onn, Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Hishamuddin/Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Parlimen/Bulatan Dato Onn (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), Bulatan Dato Onn/Jalan Raja (Kelab Diraja Selangor), Jalan Mahkamah Persekutuan.

KKMM menyatakan orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif ke pusat bandar, antaranya menggunakan Jalan Bangsar serta Jalan Travers dan melalui Lebuhraya Sultan Iskandar-Jalan Parlimen-Bulatan Dato Onn-Jalan Kuching-Jalan Sultan Ismail.

Laluan alternatif lain ialah menggunakan Jalan Cheras dan melalui Jalan Kinabalu-Jalan Kuching-Jalan Sultan Ismail. – WD MY

LEAVE A REPLY