KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Tutup Jalan Untuk Kerja-Kerja Naik Taraf…….TRX City Sdn Bhd (TRX City) memaklumkan penutupan jalan sementara, gangguan aliran trafik dan lencongan di sebahagian Jalan Sultan Ismail, bermula 4 hingga 6 Ogos ini.

Menurut satu kenyataan hari ini, ia berikutan kerja merobohkan jejantas sedia ada dan kerja lain yang berkaitan bagi projek pembinaan infrastruktur dan jalan di TRX.

“Penutupan bermula jam 11 malam hingga 5 pagi keesokannya. Pengguna dinasihatkan mematuhi papan tanda keselamatan dan tanda arah bagi mengelakkan kekeliruan,” kata kenyataan itu. – WD MY

LEAVE A REPLY