KUALA LUMPUR, 22 Nov – Bebas……. Datuk Seri Jamal Md Yunos dibebaskan dengan jaminan polis hari ini selepas direman empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Turut dibebaskan aktivis Gerakan Merah, Ariffin Abu Bakar dan Abdul Razak Hassan serta Mohd Shahbudin Hassan yang ditahan reman pada Ahad lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat selepas Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) dibebaskan.

Katanya kesemua mereka ditahan reman bagi membantu siasatan insiden kekecohan di Ampang Point pada 13 November lalu mengikut Seksyen 147/187/353 Kanun Keseksaan. – WD MY