KUALA LUMPUR, 17 Nov – Saman……Ketua Wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin memfailkan saman terhadap pemimpin kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos di Mahkamah Tinggi, di sini, atas dakwaan mengeluarkan perkataan fitnah terhadapnya berhubung insiden pukul, Ahad lalu.

Zuraida selaku plaintif yang memfailkan saman itu kaunter pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, melalui Tetuan Daim & Gamany.

Dalam pernyataan tuntutan, Jamal didakwa dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan fitnah mengenai diri plaintif dalam insiden pukul di pusat beli-belah Ampang Point.

Perkataan fitnah itu turut diterbitkan oleh beberapa media tempatan.

Peguam N Surendran yang mewakili Zuraida ketika ditemui, berkata perkataan fitnah yang dikeluarkan Jamal selaku defendan diterbitkan oleh media sehingga menyebabkan reputasi plaintif terjejas.

Surendran berkata, plaintif dalam surat bertarikh 14 November lalu menuntut defendan antara lain menarik semula dan memohon maaf bagi perkataan fitnah itu.

Katanya, pada 15 November lalu, defendan yang juga Presiden Persatuan NGO Malaysia itu memberi respon kepada surat tuntutan dengan mengeluarkan perkataan yang mengaibkannya.

Plaintif antara lain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan injunksi untuk menghalang defendan dari mengeluarkan perkataan fitnah secara lisan, media cetak atau internet. – WD MY