Jamal Mohon Maaf Kerana Dedahkan ‘Kudis’ Zuraida

0
133

AMPANG, 15 Nov – Mohon Maaf…….. Ketua Gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini secara sinis mengemukakan permohonan maaf kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin selepas diberikan tempoh 48 jam daripada Ketua Wanita PKR itu.

Permohonan maaf itu bukanlah untuk menarik tuduhannya terhadap penyokong BERSIH yang didakwa memukul sehingga hidungnya berdarah.

Sebaliknya, permohonan maaf itu dibuat sebab beliau mahu menyelak ‘kain’ dan mendedahkan kudis Zuraida.

“Semalam dia meminta memohon maaf selama 48 jam. Hari ini saya ingin memaklumkan saya ingin memohon maaf kepada Zuraida kerana selepas ini terpaksa menyelak kain beliau.

“Saya nak lihat ada kudis tidak di kaki dia, di peha dia dan ada tak lagi kudis-kudis di telapak kaki dia. Saya mohon maaf pada beliau kerana terpaksa menyelak.

“Dia tuntut saya memohon maaf dan saya telah memohon maaf kerana terpaksa menyelak kain beliau untuk saya perbaiki supaya kudis tak berjangkit pada rakyat di Selangor,” katanya kepada media di luar rumah AMK Muda PKR.

Semalam, Zuraida memberi Jamal tempoh 48 jam untuk meminta maaf dan menarik semula kata-katanya jika tidak mahu tindakan undang-undang diambil terhadapnya. – WD MY