KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Keturunan…… Ketua UMNO Sg Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos Ketua mempertahankan kenyataan Timbalan Perdana Menteri berkaitan isu keturunan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau yang juga Pengerusi Gabungan NGO itu berkata kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi harus dilihat dalam konteks peringatan kepada ahli-ahli UMNO.

“Ia (kenyataan TPM) bukan kebudakan, ia ingatan kepada ahli UMNO..selepas jadi pemimpin jangan jadi macam Tun M,” katanya.

Sebelum ini walaupun Tun M ada darah India namun UMNO sebagai parti majoriti orang Melayu mempertahankannya namun kini Tun M sendiri belot.

Itu maksud ‘hilang madu sepah dibuang’ seperti kenyataan Ahmad Zahid, kata Jamal.

Lagi pun, katanya, kenyataan Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO diucapkan dalam majlis parti iaitu mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya.

“Bagi saya TPM perlu cakap benda yang sama ketika merasmikan bahagian lain supaya ahli tahu asal usul dan perlu malu dan marah.

“Saya pun, emak saya Banjar campur Melayu. Apa salahnya? Apa nak dimalukan?” soalnya.

Jamal juga menyifatkan Mahathir sebagai seorang yang celaka kerana membelot dalam UMNO. – WD MY