Jamal Yunos Diberkas Di KLIA Sejurus Tiba

0
209

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Ditahan….. Datuk Seri Jamal Yunos ditahan Polis Bukit Aman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebentar tadi.

Penahanan berkenaan berlaku sebaik beliau baru tiba dari luar negara.

Jamal dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan.

Jamal berkata, sebelum ini beliau telah memaklumkan bahawa beliau sendiri akan berhubung dengan pihak polis sebaik pulang ke Malaysia.

“Mereka (polis) tak ada hubungi saya tapi saya ada maklumkan akan datang ke balai.

“Saya kesal kerana ditangkap di depan keluarga, anak-anak dan orang rumah saya. Setabah mana pun keluarga kita, mereka pasti akan tersentuh perasaan,” katanya yang berada di London selama seminggu atas urusan perniagaan.

Jamal berkata beliau masih belum pasti punca penahanannya.

Katanya, setakat ini beliau hanya dimaklumkan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
 

“Saya pun tak tahu, mungkin ada kena-mengena dengan perhimpunan Bersih yang kita tentang,” katanya.

Beberapa rakan-rakan di dalam Gerakan Merah di dalam laman sosial menyatakan simpati dan meminta supaya Jamal agar tabah dalam perkara dihadapi beliau ini.

“Bertabah Dato kerana inilah nilai perjuangan yang perlu kita bayar,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook salah seorang rakan mangsa dan juga ahli gabungan Gerakan Merah

Ramai yang menyokong Jamal turut memuat naik hashtag berbaur solidariti antaranya #noretreatnosurrender dan #solidariti4DatoJamalYunus. – WD MY