MUMBAI, 15 MAC – MAUT… Lima orang maut dan 36 mangsa lain cedera, selepas sebahagian jambatan pejalan kaki runtuh, ketika waktu sibuk di ibu wilayah kewangan India, Mumbai, semalam.

Jurucakap polis, Manjunath Singe berkata, sekurang-kurangnya tiga wanita maut. Katanya, mangsa cedera sudah dihantar ke hospital.

Sebuah jentera pengorek dibawa untuk membersihkan sisa jambatan runtuh itu yang menyekat kenderaan sebuah jalan sibuk di selatan Mumbai. Beberapa jentera bomba dan sebuah ambulans turut berada di lokasi.

Jambatan itu berhubung dengan salah satu stesen terbesar Mumbai, Chhatrapati Shivaji Terminus yang digunakan jutaan orang setiap hari. – WD MY