KUALA LUMPUR, 4 Mac – Lantik……. Al Rajhi Bank Malaysia (ARBM), anak syarikat milik penuh bank Islam terbesar dunia, Al Rajhi Bank, Kingdom of Saudi Arabia (ARB KSA), yang berpangkalan di Arab Saudi, melantik Janek Jayasekara sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) baharu, berkuat kuasa 1 Mac, 2017.
Janek menggantikan Adel Abalkhail yang kembali ke ARB KSA untuk memegang
jawatan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, menurut Al Rajhi dalam
kenyataan.
Sebagai CFO, Janek akan bertanggungjawab terhadap semua aspek kewangan ARBM
termasuk hubungan pelabur, perakaunan, perancangan kewangan dan analisis, serta
pemerolehan, pengurusan kemudahan dan pentadbiran.- WD MY